Majlis Perlantikan Pengawas Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh Berhad
Posted by Admin1 on March 30 2010 07:58:54

Majlis Perlantikan Pengawas Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Berhad bagi tahun 2010 telah diadakan pada 29 Mac 2010 (Isnin). Pada sesi pagi majlis telah disempurnakan oleh pengetua SMK Saujana Utama, iaitu Pn. Salmah bt Mohd Yassin di Dataran Ilmu. Manakala pada sesi petang majlis telah disempurnakan oleh PK Kokurikulum SMK Saujana Utama, iaitu En. Roslan di Dewan Gemilang Saujana.

Extended News

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian 3 buah lagu (Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah) dan ucapan pentadbir sekolah. Seterusnya Pn. Salmah bt Mohd Yassin memberi ucapan perasmian dan melantik pengawas koperasi SMK Saujana Utama bagi tahun 2010. Majlis telah diakhiri dengan ikrar pengawas.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga anda dapat menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan baik, ikhlas dan jujur.

Pengawas baru yang dilantik :
  1. Nurshahiela Ayu bt Sabin (5 Eris)
  2. Malini a/p Sreegantham (5 Eris)
  3. Nor Syazwani bt Mohd Arif (4 Kejora)
  4. Nurul Syahira bt Hamdan (3 Kejora)
  5. Nurul Aishah bt Zafir (3 Kejora)
  6. Nor Azlinda bt Mohd Zaid (3 Musytari)
  7. Muhd. Syafwan b Yahya (3 Ibn Khaldun)
  8. Sahlini Devi a/p Thulacinathan (3 Marikh)