Laman Utama · Perbincangan · Album Foto Tuesday, September 07, 2010
Navigation
Kenali Sekolah
Sejarah Sekolah
Lagu Sekolah
Logo
Staf Akademik
Staf Sokongan
Persekitaran Sekolah
Lokasi
Users Online
Guests Online: 2
No Members Online

Registered Members: 181
Newest Member: fahd96
Program 'Zero Couple'
Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Panatia Agama Islam telah melancarkan Program ‘Zero Couple’ pada 4 Julai 2007. Program ini diadakan bagi menyedarkan para pelajar mengenai bahaya ‘bercouple’ atau berpasangan yang menjurus kepada gejala sosial, maksiat dan mengabaikan pelajaran yang menjadi tonggak kejayaan pada masa hadapan. Program ini akan berjalan sepanjang tahun.

Menerusi program ini, pasangan pelajar yang dikenalpasti akan disenarai untuk tindakan. Mereka dilarang berdua-duaan dan sekiranya melanggar peraturan ini, mereka akan dirujuk kepada Guru Disiplin dan Kaunseling sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah Mini yang ditubuhkan khas. Setelah dibicarakan, pasangan tersebut akan dimaklumkan kepada ibubapa mereka sekiranya masih mengulangi perbuatan ini. Larangan berpasangan ini bukan setakat di kawasan sekolah sahaja, tetapi meliputi luar kawasan sekolah dalam lingkungan 5 km.

Program PPSMI Month 2007
Program ini telah dilancarkan pada 12 Jun 2007 oleh Pengetua SMK Saujana Utama, Tn Hj Najib bin Ayob. Tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan minat dan kesedaran para pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan sains. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

Program Dulang Emas PMR & SPM 2007
Program mendulang emas ini diadakan untuk mempertingkatkan kemahiran dan kesediaan para pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal di adakan pada tahun ini. Program ini telah diadakan sepanjang musim cuti persekolahan di pertengahan semester yang lalu. Dalam program ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik kefahaman dan menjawab soalan yang disampaikan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran peperiksaan daripada sekolah atau institusi lain.
Page 5 of 5 << < 2 3 4 5
Waktu
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Member Poll
Apakah pandangan anda mengenai laman web ini

Sangat menarik

Menarik

Tidak menarik

You must login to vote.
© Copyright 2007 SMK Saujana Utama
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan
atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.