Guests Online: 1
No Members Online
Registered Members: 137
Newest Member: abellittlewo
|
|
| Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah |
| | | | | Tarikh | :
| 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010
| | Hari | :
| Isnin hingga Jumaat | Waktu Perasmian
| :
| 7.30 - 8.30 pagi (sesi pagi) | | | | 1.10 - 2.10 petang (sesi petang)
| | Tempat | :
| Dataran Kejat, SMK Saujana Utama (pagi)
| | | | Dewan Gemilang saujana (petang)
| | Anjuran | :
| Unit Hal Ehwal Murid
| | | | Unit Bimbingan & Kaunseling
| | | | dengan kerjasama
| | | | Unit Kurikulum
| | | | PIBG SMK Saujana Utama
| | | | |
|
|
| PMR 2008 : SMKSU Terbaik Kuala Selangor Lagi |
SMK Saujana Utama sekali lagi muncul sebagai sekolah harian terbaik Kuala Selangor apabila mencatatkan keputusan 82.27% kelulusan dalam keputusan PMR yang diumumkan di seluruh negara hari ini. Seramai 24 pelajar daripada 234 orang telah mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Dalam keputusan 2007, SMK Saujana Utama juga terbaik di Kuala Selangor apabila memperolehi keputusan 80.81 %.
Adik Nur Salihah bte Mohd Nasir dari Saujana Utama 2 muncul sebagai pelajar terbaik apabila memperolehi keputusan 9A. Beliau memperolehi A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, English, Matematics, Science, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Suasana Dewan Bestari SMK Saujana Utama riuh rendah dengan gelagat para pelajar serta ibubapa yang hadir untuk menerima keputusan PMR.
Gambar Sekitar - Part 1
Gambar Sekitar - Part 2
|
|
| Majlis Penghargaan Dan Sekalung Budi Badan Pengawas 2008 |
Majlis Penghargaan Dan Sekalung Budi Badan Pengawas 2008 SMK Saujana Utama ( SMKSU ) telah diadakan pada hari Selasa, 4 November 2008 di Restoran Rumah Thai, Saujana Utama. Majlis ini diadakan bagi menghargai seramai 56 pengawas ( termasuk dua orang dari kelas Pendidikan Khas ) SMK Saujana Utama tahun 2008. Pn Salmah binti Mohd Yassin, selaku Pengetua SMKSU telah hadir dan merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir ialah guru-guru dalam Jawatankuasa Induk Lembaga Disiplin Dan Badan Pengawas SMKSU 2008.
Selain daripada jamuan, turut diadakan penyampaian Sijil Dan Penghargaan kepada semua pengawas. Dalam majlis tersebut juga, Ketua Pengawas SMKSU 2008, Syed Ozal Zakaria bin Syed Ledin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pengawas SMKSU 2008. Beberapa penerima anugerah lain adalah seperti berikut :-
Pengawas Terbaik Sahsiah : Nur Zarifah binti Mohd Azmi
Pengawas Terbaik Penampilan Diri : Ahmad Nazirul
Pengawas Terbaik Akademik ( Menengah Atas ) : Nursuhada Zaini
Pengawas Terbaik Akademik ( Menengah Rendah ) : Nurul Najihah Hassan
Gambar Sekitar - Part 1
Gambar Sekitar - Part 2
|
|
| Kejohanan Bowling Raya Kelab Guru SMK Saujana Utama 2008 |
10.00 pagi 18 Oktober 2008, bertempat di Cineleisure Mutiara Damansara, berlangsung Kejohanan Boling Raya Kelab Guru SMK Saujana Utama 2008. Kejohanan ini tertutup kepada kakitangan serta keluarga SMK Saujana Utama. Arena boling kejohanan, iaitu Pin Junction adalah milik pemain boling ternama negara iaitu Shalin Zulkifli. Seramai 24 peserta yang dibahagikan kepada 8 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang mengandungi 4 frame permainan.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Haslina Hashim yang juga Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan SMK Saujana Utama. Dalam kategori perseorangan lelaki, Johan telah dimenangi oleh Encik Anuar Saharuddin yang juga juara bertahan. Manakala bagi kategori perempuan teah di menangi oleh Puan Zainab Awang. Menurut Pn Haslina, kejohanan ini adalah merupakan antara dua aktivit terakhir kelab sebelum menutup calendar aktiviti sepaanjang 2008. Aktiviti seterusnya ialah Majlis Jamuan Akhir Tahun, yang akan diadakan pada awal November 2008.
Klik Untuk Lagi Gambar
|
|
PMR 2008 bermula. Seramai 472,060 pelajar seluruh negara menduduki PMR di 3,458 pusat peperiksaan yang bermula pada 13 Oktober dan berakhir pada 17 Oktober. Manakala seramai 284 calon SMKSU menduduki PMR tahun ini. Bilangan ini merupakan yang tertinggi sejak PMR dimulakan di SMKSU pada 2004 yang dibahagikan kepada dua Pusat Peperiksaan. Ini juga merupakan kumpulan pelajar yang ke-5 menduduki PMR di SMKSU. Selamat menjawab soalan peperiksaan. Semoga berjaya.
|
|
Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) semakin hampir. Penilaian PMR akan dijalankan pada 13 hingga 17 Oktober. Manakala SPM pula akan diadakan pada 12 November hingga 6 Disember 2008. Bersempena dengan peperiksaan tersebut, satu majlis munajat memohon doa kepada Allah telah diadakan di Dewan Bestari SMKSU pada hari Rabu, 8 Oktober 2008.
Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yasiin, Solat Isyak serta Ceramah Motivasi. Majlis telah dikendalikan oleh Ustaz Kamil bin Haji Sidek dari SMK Jeram, Kuala Selangor. Hampir 1,000 orang yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru, AJK PIBG serta ibubapa telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis tamat kira-kira jam 10.30 malam. Bersama kita doakan akan kejayaan calon-calon peperiksaan PMR dan SPM SMKSU tahun ini.
Klik Untuk Lagi Gambar
|
|
| Khatam Al-Quran Ramadhan 1529H |
Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Bestari SMK Saujana Utama pada 24 September 2008, mulai jam 8.30 pagi. Kira-kira 30 pelajar memperdengarkan bacaan dalam majlis ini. Pelajar tersebut adalah daripada kalangan pelajar Tingkatan Satu hingga Empat yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk sepanjang Ramadhan ini. Majlis ini diadakan serentak dengan majlis penutupan bulan Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panatia Agama Islam sempena Ramadhan Al-Mubarak 1429H.
Majlis penutupan dilakukan oleh Pn Salmah Mohd Yasin, Pengetua SMK Saujana Utama. Pn Pengetua turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pelajar serta guru yang terlibat dalam pelbagai program dan pertandingan. Antara pengisian bulan Ihya Ramadhan tersebut ialah Tadarrus Al-Quran di kalangan pelajar dan guru, Membaca Al-Quran sehingga Khatam 30 juzuk, Ceramah dan Bacaan Yasin.
|
|
| Majlis Berbuka Puasa Dan Terawikh Keluarga Staf |
Program ini telah diadakan pada 19 September 2008 di Kantin dan Surau SMK Saujana Utama. Kira-kira 250 orang telah hadir dalam program yang diadakan untuk mepereratkan silaturrahim di kalangan keluarga staf SMK Saujana Utama dan bersama berbuka puasa dan melaksanakan amal soleh sempena Ramadhan Al-Mubarak. Tertamu khas yang turut hadir ialah penasyid yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Amaluddin M. Napiah. Ustaz Amal kemudiannya mengimamkan solat terawikh dan menyampaikan tazkirah kepada para jemaah. Turut hadir ialah AJK PIBG serta keluarga.


|
|
Tindakan yang merupakan operasi biasa ini telah dilakukan lagi pada 18 September 2008. Selain daripada memastikan para pelajar tidak membawa barangan terlarang, tindakan ini juga dilakukan bagi memastikan pelajar tidak membawa mercun atau bunga api ke sekolah.


|
|
| Program Perkembangan Staf 2008 |
Satu Program Perkembangan Staf bagi Guru SMK Saujana Utama telah diadakan pada hari Sabtu, 30 Ogos 2008 di Bilik Mesyuarat SMK Saujana Utama. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Mohamad Salleh bin Siran, Timbalan Ketua Nazir, Jabatan Pelajaran Selangor dengan tajuk ’Ke Arah Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan’. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Perkembangan Staf Dan Protokol, SMK Saujana Utama yang dipengerusikan oleh Pengetua SMK Saujana Utama, Pn Salmah Mohd Yasin. Semua 82 orang guru mengikuti program ini yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang.
Adalah diharapkan agar program seumpamanya ini akan mencapai matlamat sebagaimana objektif yang digariskan, iaitu untuk mendedahkan guru kepada kaedah dan teknik pengajaran yang lebih berkesan, disamping memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memahami kriteria penilaian pihak nazir.
|
|
| Majlis Keraian Pendidikan Khas Kali Ke-2 2008 |
Majlis Keraian Pendidikan Khas Kali-2 SMK Saujana Utama telah diadakan pada 23 Ogos 2008, mulai 2.00 petang di Restoran Rumah Thai, Saujana Utama. Majlis ini diadakan bagi menghargai murid-murid istimewa yang sentiasa berusaha gigih demi kecemerlangan diri masing-masing. Dalam majlis tersebut, seramai 18 orang pelajar Pendidikan Khas SMKSU telah diraikan, termasuk masing-masing seorang yang ’diberikan restu’ untuk menduduki PMR dan SPM pada tahun 2008.
Majlis ini dirasmikan oleh Y Bhg Tan Sri Dato’ FD Mansur, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad. Selain guru dan keluarga pelajar, turut hadir ialah Encik Ahmad Yossry, YDP PIBG SMKSU dan Pn Salmah Mohd Yassin, Pengetua SMSKU. Y Bhg Tan Sri Dato’ FD Mansur turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1,600 kepada Kelas Pendidikan Khas SMK Saujana Utama. Turut diadakan ialah persembahan pelajar-pelajar pendidikan seperti azan, deklamasi sajak, nyanyian, persembahan pentomen khas, cabutan bertuah dan jamuan. Majlis ini berakhir kira-kira jam 5 petang.
Klik Untuk Lagi Gambar
|
|
|
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|