Laman Utama · Perbincangan · Album Foto · Kalendar Peristiwa Wednesday, August 20, 2008
Navigation
Kenali Sekolah
Sejarah Sekolah
Lagu Sekolah
Logo
Staf Akademik
Staf Sokongan
Persekitaran Sekolah
Lokasi
Kalendar Aktiviti
Kalendar Peristiwa
Kalendar Persekolahan
Takwim Peperiksaan
Ruangan Guru
AJK Kelab Guru
Aktiviti Kelab Guru
Nota Dan Pep PTK
Pautan Khas Guru
Sembang Guru
Ruangan Pelajar
Rujukan
Educational Games
PIBG
Kenali AJK
Pelbagai
Muat Turun
Pautan Web Lain
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Pencarian
Hubungi Kami
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 71
Newest Member: sidki89
MyKerajaan

Perlawanan Badminton Persahabatan
Pada hari Ahad, 13 Julai 2008 telah berlangsung satu perlawanan badminton persahabatan antara pasukan SMK Saujana Utama dengan SMK Sri Damansara bagi kategori lelaki bawah 15 dan 18 tahun. Perlawanan telah berlangsung mulai jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengahari di Dewan SMK Saujana Utama.

Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan SMK Saujana Utama apabila kecundang 1 - 6. Sekalipun tewas, diharapkan ini merupakan pendedahan yang berguna dalam mempersiapkan pasukan yang lebih mantap. Teruskan usaha.

Kursus Bina Negara Jati Diri Pemimpin Remaja
Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya program Kursus Bina Negara Jati Diri Pemimpin Remaja yang dirancang bersama oleh Biro tata Negara Negeri Selangor bersama Surau Al-Hidayah Saujana Utama dan SMK Saujana Utama dapat dilaksanakan pada 4 hingga 6 Julai 2008 di Kem BTN Meru Klang. Seramai 116 pelajar telah menyertai program ini.



Di antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotrisme terhadap negara, membina syahsiah dan kepimpinan remaja bakal pemimpin masa hadapan kepada remaja yang cintakan agama, bangsa dan negara serta bagi membentuk kumpulan kerja yang menggerak aktiviti remaja yang masih bersekolah, termasuk semasa luar waktu sekolah kepada aktiviti yang berfaedah. Ini juga dapat dilihat sebagai satu usaha bersama pihak sekolah dengan penduduk setempat dalam menangani masalah remaja dan kepentingan memandu kehidupan agar selaras dengan nilai murni sebagai penyelesaian terhadap gejala sosial dewasa ini.



Sebagai rumusan, Kesatuan Briged Pelajar Melayu Selangor Cawangan Saujana Utama ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa penaja yang diketuai oleh Mohd Afiq bin Rosdi telah ditubuhkan dengan Pengetua SMKSU sebagai Penasihat. Penubuhan briged ini akan menjadi platform kepada gerak kerja pelajar selepas waktu sekolah kepada perkara yang bermanfaat. Sepanjang program selama 3 hari dua malam, para peserta yang terdiri dari pelajar tingkatan dua hingga lima telah didedahkan kepada kepentingan jatidiri, khususnya sebagai seorang melayu di tanah airnya sendiri. Antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan, Flying Fox, Survival ( Drop Solo di tengah-tengah hutan waktu malam), berkawad, seni mempertahankan diri, ceramah kuliah suboh dan tazkirah.



Klik Untuk Lagi Gambar


Majlis Anugerah Cemerlang PMR & SPM 2007
Majlis Anugerah Cemerlang PMR & SPM 2007 telah diadakan di Dewan Saujana Bestari pada 1 Julai 2008, mukai 7.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang berjaya dalam PMR dan SPM 2007.

Berikut adalah penerima utama anugerah bagi PMR :-

Terbaik 7A
Ashivini A/P Renault
Chaturan A/L Arumugam
Dhanushkaa A/P Buddha Dasa
Prakash A/L Kopal
Kalaiyarasi A/P Manivanan

Terbaik 8A
Azah Farhanah ABdul Rahman
Mohd Naqiuddin Kamaruzaman
Nur Amira Nabila Mohamad Azlan
Nur Hikmah Pahrol
Nur Zawani Zulkifli
Nurul Aqasyah Azizi
Wan Iffah Wan Jaafar
Aqilah Jumaat

Terbaik 9A & Keseluruhan
Nurul Hidayah Muhammad Badri

Berikut adalah penerima utama anugerah bagi SPM :-

Pelajar Terbaik Aliran Sastera : Syamim Nabil Alias

Pelajar Terbaik Aliran Sains : Kasturi A/P Manivanan

Pelajar Terbaik SPM 2007 : Kasturi A/P Manivanan


Karnival Penggalakkan Sains & Teknologi Kuala Selangor 2008



Karnival Penggalakan Sains & Teknologi Peringkat Daerah Kuala Selangor 2008 telah berlangsung di SM Sains Kuala Selangor pada Selasa 1 Julai 2008. SMKSU tidak ketinggalan menghantar wakil dalam pelbagai acara yang diadakan. Kejayaan yang dianggap cemerlang dicapai apabila SMKSU meraih pelbagai hadiah dalam pertandingan yang diadakan sebagaimana berikut :-

a. Pertandingan Solar Car Race - Johan
b. Saintis Muda - Johan
c. Teknologi Pelancaran Roket - Tempat Ke-3
d. G-Maths - dua peserta sampai ke peringkat separuh akhir

Sementara itu, Johan Saintis Muda dari SMKSU akan mewakili Kuala Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 7 Julai 2008 di Klang, Selangor Darul Ehsan. Tahniah diucapkan kepada mereka. Karnival ini diadakan bagi memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi melalui aktiviti yang diadakan. Semoga objektif tersebut dicapai.

Program Khemah Ibadah


Suatu program Khemah Ibadah telah diadakan di SMK Saujana Utama pada 27 dan 28 hb Jun 2008 di kawasan sekolah. Seramai 60 pelajar telah mengkuti program yang merupakan anjuran bersama Panatia Agama dengan Persatuan Pelajar Islam ( PERSIS ). Satu majlis perasmian yang ringkas telah diadakan pada 27 Jun dan disempurnakan oleh Pn Salmah Bt Mohd Yasin, Pengetua SMKSU. Antara pengisian program ialah ceramah dan qiamulalil di surau sekolah.

Hari Menjana Kecemerlangan Pelajar 2008


Hari Menjana Kecemerlangan Pelajar SMKSU 2008 telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Jun 2008. Program ini diadakan bagi membolehkan guru tingkatan dapat bertemu dengan para ibubapa/penjaga untuk berbincang mengenai akademik dan sahsiah pelajar. Pencapaian akademik akan berpandukan kepada Kad Kemajuan Pelajar hasil ujian dan peperiksaan yang telah dilakukan sejak awal tahun 2008.




Sekitar Pelancaran PPSMI Week 2008


Program ini telah dilancarkan pada 31 Mac 2008 oleh Pengetua SMK Saujana Utama yang baru iaitu, Pn Salmah bte Mohd Yasin. Tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan minat dan kesedaran para pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan sains. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Tema pada tahun ini ialah 'Sci-Math Explorations Take Us To Greater Heights".Minggu PPSMI berlangsung dari 31 Mac sehingga 11 April.



Majlis Tadarus Al-Quran & Festival Nasyid Daerah Kuala Selangor 2008
SMK Saujana Utama telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Qur’an Dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor. Pelbagai pertandingan diadakan untuk peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan Agama, Bercerita dan Nasyid.



Dalam peringkat Sekolah Rendah, wakil SK Saujana Utama telah memenangi dua acara. Adik Ismail Isman telah mendapat tempat kedua dalam Hafazan, manakala adik Zarith Nur Aqilah bt Zunaidi juga mendapat tempat ke-dua dalam pertandingan bercerita.



Manakal bagi peringkat Sekolah Menengah, SMK Saujana Utama turut memenangi dua acara iaitu Tilawah Perempuan menerusi Nurfarhana Athira bt Khairi yang mendapat tempat ke-3 dan juga tempat ke-3 dalam pertandingan Nasyid Lelaki. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tn Haji Ariffin bin Mod Amin, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor yang juga telah merasmikan majlis penutup .


Selamat Maju Jaya Tn Haji Najib Ayob
27 Mac 2008 merupakan hari terakhir Pengetua SMK Saujana Utama Tn Hj Najib Ayob di SMK Saujana Utama. Beliau hanya sempat berkhidmat di SMKSU selama 1 tahun 12 hari dan ditukarkan ke SMK Dengkil. Tempat beliau akan diganti oleh Pn Salmah bt Mohd Yassin, yang sebelum ini bertugas di salah sebuah SMK di Sungai Burong.



Pada kesempatan ini, jutaan terimakasih diucapkan atas khidmat yang diberikan kepada anak-anak didik di SMKSU khususnya. Semoga sentiasa diberkati Allah atas segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan

Keputusan SPM 2007
Keputusan SPM 2007 telah diumumkan serentak di seluruh negara pada 12 Mac 2008. Daripada seramai 439,255 calon SPM 2007 seluruh negara, seramai 98 pelajar SMK Saujana Utama telah menduduki peperiksan yang telah diadakan mulai pada 12 November 2007. Daripada segi peratusan kelulusan mendapat sijil, SMK Saujana Utama telah mencatatkan keputusan 95.9%. Dengan keputusan ini, SMK Saujana Utama menduduki tempat kedua terbaik di belakang SMK Puncak Alam dalam daearah Kuala Selangor. Kumpulan ini merupakan kumpulan ke-4 menduduki SPM di SMK Saujana Utama.



Sementara itu, keputusan terbaik SMK Saujana Utama telah dicapai oleh Kasturi A/P Manivanan yang memperolehi 6A dan 4B. Ini diikuti oleh Akmal Afiq Farhan bin Samsudin yang memperolehi 5A dan Amir Ariff bin Amiramran, Channika A/P Buddha Dasa, Rayyan bte Khalid,Uthaiyavani A/P Rajendran serta Natasya bte Sulaiman yang masing-masing memperolehi 4A. Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Kempen Kesedaran Kesihatan 2008
Satu program Kempen Kesedaran Kesihatan 2008 telah diadakan di SMK Saujana Utama pada 2 Februari 2008. Program bermula pada jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kempen ini dirasmikan oleh YB Tn Mohd Daud Tariheap, Ahli Parlimen Kuala Selangor pada jam 12.00 tengahari. Sdra Saiful bin Sumarni selaku Pengarah Program dalam ucapan alu-aluan pula menyatakan program yang bertemakan 'Jom Sihat 2008' ini melibatkan aktiviti yang memberi penekanan terhadap aspek kesihatan melalui aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan pameran kesihatan. Sdra Saiful merupakan bekas pelajar SMK Saujana Utama ( SPM 2004 ).


Manakala dalam ucapan perasmiannya, YB Mohd Daud menyatakan harapannya bagi memastikan Fakulti Perubatan di UITM yang sedang dibina kampusnya di Shah Alam 2 nanti, turut menyediakan pusat rawatan untuk kawasan berhampiran sebagaimana Hospital Universiti dengan Universiti Malaya. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih kawasan Kuala Selangor sebagai tempat mengadakan aktiviti ini.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Perkembangan ( JKP ) Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej ( Perubatan ) Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kuala Selangor, SMK Saujana Utama dan MPP Saujana Utama. Turut serta dalam pameran ialah MDKS, Pejabat Kesihatan Kuala Selangor, Kementerian Kesihatan, Optometris Suhaila serta Pusat Perubatan Universiti Malaya. Turut diadakan ialah aktiviti senamrobik, ceramah kesihatan, kuiz kesihatan, demontrasi CPR, pemeriksaan gigi, derma darah, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan mewarna.


Kempen Kesedaran Kesihatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan (JKP) Kebajikan dan kemasyarakatan, Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya. Projek ini bertujuan tidak lain adalah untuk memberikan pendedahan serta kesedaran tentang kepentingan dalam penjagaan kesihatan di kalangan masyarakat setempat. Program ini juga boleh bertindak sebagai satu platform kepada pelajar yang terlibat untuk menimba pengalaman dan berinteraksi dengan masyarakat.

a. Sekitar Aktiviti
b. Sekitar Majlis Perasmian
Page 1 of 3 1 2 3 >
Waktu
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
© Copyright 2007 SMK Saujana Utama
Persiaran Saujana 3, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan
atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.